Kontroversi Gobind Singh Deo

Beliau pernah digantung tugas dari menghadiri Dewan Rakyat sebanyak dua kali, iaitu pada Jun 2008 dan November 2008.

Pada 12 Mac 2009, Gobind dikatakan menghina Dewan Rakyat berhubung tuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya. Gobind juga membangkitkan kes kematian Kugan Ananthan. Jika sabit kesalahan, Gobind "tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli parlimen" sepanjang tempoh tersebut.[17]

Usul tersebut dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung beliau selama setahun diluluskan oleh Dewan Rakyat melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.[18]